teknologi yang menjadi nyawa semua insan
kepedihan dan kegembiraan
tanpa sempadan
ramai kawan
facebook yang durjana
activate & deactivate
apa ke bangang aku buat tuh?
aku tau benda yang benar
menangis. AH! itu lemah
aku terlalu kuat untuk menangis
tapi hati, terlalu lemah untuk tidak menangis
hati menangis lebih sakit daripada mata yang menangis
bercengkeramalah tu? Aku bukan kau
ini benar
aku lari, minda berpusing
aku sesat, sesat dalam permainan
sakit & kecewa yang gile kentang
ah! aku kena lagi!
setiap bait-bait perkataan kau, aku ingat
apelah nasib aku yang tak seberapa bagus
aku baring depakan tangan
pusing kanan, pusing kiri, aku tak selesa
badan aku sakit, hati aku lagi sakit
jarum panjang yang tajam lagi banyak, cucuk-cucuk hati lembut ni
Wujudkah tuhan?
astaghfirullah, aku da melencong
kadang-kadang aku rase dunia ni kejam.
sungguh tak adil untuk aku
bangun weyh! ramai lagi yang kena teruk dari kau
hidup masih panjang
aku? kalau mati esok? aku nak gembira.
kawan & famili kan ada
aku benci orang MENIPU
KENAPA AKU KENA LAGI?!
rasa menyesal
kau berubah selepas kau tabur janji-janji
menjauhkan diri kau dari aku
aku terima.
tapi kenapa perlu beri tahu yang AUTA
Niat kau? Jahat
PLAYBOY, tepat untuk kau
perasan bagus dan hebat.
aku percaya karma? tak tahu
tapi aku harap kau bahagia dan tuhan membalas setimpal dengan apa yang kau bagi
Asshole
itu kawan aku cakap
aku tak nak cakap banyak
cinta datang dan pergi
Pijak aku lumat-lumat pun
aku masih sayang & setia
macam bodoh kan? memang itu aku
Kepada kau.
semoga puas bermain permainan ini
perasaan aku? semoga hati kering
seterusnya, aku mahu cinta yang hakiki
Setia sebagaimana aku setia
jujur sebagaimana aku jujur
Aku penat dengan hiperbola dunia
No comments:
Post a Comment